Sunday, December 6, 2009

E day Izan & Irwanda





Secara rasminya


Cik Izan telah menjadi tunangan orang..
yeaaayyyy..
akhirnya berjaya jugak Si Wanda tuh "menjinakkan" my BFF neh..
hehehe..
susah oooh nak meyakinkan dia ni..
berjanggut tunggu nak suh diorang bertunang..
tapi sedihnya,
saya tak dapat datang majlis ni sebab jatuh pada hari ke-2 Raya Qurban..
sori cayangggg..
kamu sangat cantik dengan pink..
pinky..pinky..pinky..
Cik Izan neh memang gler ngan pink..
semua nak pink..
brape lama betunang???
6 bulan je kan??hehehe
jangan tangguh-tangguh lagi...
cepat-cepat kawen..
ailebiuuu so muchhh


Friday, December 4, 2009

Saya yang kedekut





kadang-kadang gambar tak perlu ada kaitan dengan citer..


adeke patut..
maksu saya yang rupawan dan banyak duit itu,telah menyuruh saya menyesponsor beliau??
tak patut bukan..
maksu suh sponsor coklat untuk majlis petunangan dia..
"Ada saye kesah ke??"
hahahaha..
keji la kan nak cakap macam tuh ngan maksu..
kompem kena lempang 5 kali secara laju2..
pastu, maksu siap pesan dia taknak coklat biasa2..
Nak dari Mark n Spencer..
olo ollloooo...ngada-ngadanya maksu ku itewww...
dia tak tau agaknya saya hari2 makan coklat M&S tuh..belagaknyer!!!
baru angan-angan nak bli kat Haniffah Jalan TAR..
kedekut sungguh nak kuar duit untuk majlis orang lain..
kalu majlis sendiri sedap gak...
kalau sendiri nyer majlis kompem la i bli coklat GODIVA..
huhu..blagak lagi...
so,agenda esok adalah mencari coklat-coklat murah di sekitar KL dann.....
nak cari Edward Cullen di New Moon..
kalau tak dapat Edward Cullen dapat Rain pun ok gak...
gatainya hanggg..."jom kawen cepat yang!!"..hahahah
puy poy je i ni kan..



Thursday, December 3, 2009

Qurbaniii



Suasana di pagi Raya Qurban yang dipenuhi syahdu..Kenduri kali ni atas permintaan embah sayang.Takleh nak bantah la kan.Embah pun kali ni taknak catering2 bagai..suh masak sendiri..aiiyyooo..memang pengsan la kan(saya tak pengsan,makcik2 saya je yang pengsan).Tetamu pun tak la ramai sangat...keluarga terdekat dan jiran2 jer..oohh tak lupa jugak orang-orang masjid..tak ramai pun ada la dekat seratus orang..



semua tunggu dengan penuh kesabaran walau perut dah bekeroncong..hehehe..semua dah tak sabo nak makan..punyala banyak menu sampai tak tau nak makan apa...



Saya dan Ayas..kepenatan dan kekenyangan..



Sepupu,dua pupu dan 3 pupu..yang tudung biru tu akan menikah 19hb ni..kiranya ni las raya dia lah bergelar bujang..



Kenyang sampai dah tak larat nak bangun..melepak je sampai petang



mestila ada gambar dengan mami kan..
kecik ati mami nanti kalau tak begambo dengan dia..


Korang sambut raya macamana??citer la ngan kita..hehehehe
poy poy je i ni kan..
hehehehe


Cucu Haji Mohamad





cucu-cucu Haji Mohamad..
mereka mempunyai pipi yang comel, tembam dan gebu...
ok2..saya sorang jer yang macam tuh...
jangan kutuk lelebih..
kecik ati kang..


Wednesday, December 2, 2009

Persiapan kenduri




Meh kita saksikan acara-acara yang dilakukan sebelum kenduri tahlil pada hari raya Qurban yang lepas..jangan nak tido-tido pulak..baca entry ni sampai abes..penat taip..



Orang kuat yang duk sibuk-sibuk kat dapur prepare untuk kenduri. Dimana saya??kompemlah yang ambik kan gambo..


pompuan ni over je lebih..saya yang sedang memasak rendang ayam dipaksa untuk ambil gambo dia..konon-kononya dia la yang masak rendang tuh..eksen je lebih..



memandangkan dah ramai-ramai kat dapur dan berebut2 nak tolong masak,terpaksala saya berkorban mengambil tugas sebagai pengemas ruang tamu..susun-susun atur perabot dan juga mengelap lantai..diulang semula,lap lantai menggunakan tenaga empat kerat saya.teringat citer jepun Oshin..terbongkok2 lap lantai..



punyala kilat lantai saya lap sampi tahap tetamu-tetamu tidak percaya lantai tersebut dilap oleh seorang gadis yang cumil..mereka terharu sebab boleh nampak muka mereka sendiri di lantai..


*tips untuk hari ini:jika anda mempunyai lantai marble di rumah,jangan mengelap or mop menggunakan sabun lantai or apa saje jenis sabun.ia akan meyebabkan lantai tidak kilat.guna air biasa aje.hehehe


Tuesday, December 1, 2009

Breakfast @ Sarapan Pagi





Carrot Susu



Roti Telur


Sedap tak??
Moh cuti-cuti di Ipoh jika hendak menikmati hidangan ini..
Sekian
Terima Kasih..

*Anak Jati Perak*




Monday, November 23, 2009

Dedi's Cool







Arini besday Dedi yang ke 53..
Pagi2 dah wish and aksi peluk-peluk sume...
Dedi macho jer menerima wish dari saya, adik n mami..
Dedi slalu macam tuh..
Macho n cool...
Hadiah pun kitaorang tak bli lagi..
hehehehe...
Tak tau nak bli apa..

Profile Dedi;
  • Jaafar Mohamad
  • Anak kepada pasangan Khadijah dan Mohamad
  • Anak ke-4 dari 5 orang adik beradik(lelaki bongsu)
  • Manja dengan famili
  • Anak jati Perak atau lebih tepat Kg.Sungai Rokam,Ipoh
  • Berkahwin dengan Rohanum bt Ramli pada 7 Nov 1981
  • Sangat sporting dan cool
  • Ada 2 orang anak iaitu Me n adikku(dua2 pompuan)

Semoga Dedi dipanjangkan umur dan murah rezeki..
Anak-anak Dedi sayangkan Dedi banyak-banyak..
Anak-anak Dedi pun tau Dedi sayangkan kitorang banyak-banyak..
heheheheh
Ailebiu Dedi..