Wednesday, April 21, 2010

BFF..




A + R + D

Si Ayin - dah nak terberanak..
Si Rose - dah nak kawen bulan 10
..
Si DD - masih single ..


i miss my BFF..
mmuaaahhhh
*LOL*


Kecintaan Ku II

Imbas kembali entry ni..saya ada cakap saya dah pulangkan semua barang milik kecintaan pertama saya dan juga barang-barang yang diberi kepada saya yang berbentuk hadiah.Tapi saya terlupa satu barang..hehehehe..saya lupa ni (rujuk gambo di bawah)...




Hadiah besday saya yang ke???errrrr...
lupa lah..hehehehe..
nak pulangkan balik ke??
maluuuu arrr..
sebenarnya sayang nak pulangkan..
sayang jam nih..
tambah lagi saya sangaaaaatttt kedekut nak beli jam..
tekad dalam hati, saya akan tukar jam bila ada 'kekasih' hati yang blikan..
hehehehe..
jam untuk hantaran ke???mana la tau kan...
ceqq gatai nak menikah nooo...
lalalalalalala....


Chillis


















Bila gaji je nak Chillis..
bila nak Chillis je gaji..
hehehehe..


Monday, April 19, 2010

Trening



Sekarang ni adalah musim trening secara pukal oleh The Team.Ini adalah disebabkan oleh MAKSWIP yang akan berlangsung pada bulan Jun nanti.Eceh ayat....macam dalam surat tunjuk sebab ajo.MAKSWIP ni kiranya macam pertandingan antara jabatan la.KL division.Kiranya kitorang terer la kan..huhuhu..bajet nak menang jer.Ayat takmo kalah..



"The Team"

Tangan saya pun dah naik muscle tau..setakat tumbuk lelaki no hal lah.."kamu ada bran lawan sama saya??"..hahahaha..belagak di situ yekk..tumpang lalu Faliqq..hahahaha..pegi keje pun takde maknanya nak bawak handbeg.Takde cun-cun dah.Muka cam mati laki.Itu Kak Ti yang cakap lah.Saya tak cakap pape pun...




Time ni masih cun lagi yek..



Kalau pasal injured time trening pulak..memang sentiasa berlaku la kan.Tak perlu dinafikan kesahihan nya lagi.Siap ada 'RATU INJURED' ok..malas la nak tulis kat sini sape.Nasihat dah berbuih-buih dan tahap sawan-sawan bagi tapi tak penah nak dengar.Bob jugak penyelamat antarabangsa..Kitorang suruh berehat sampai sembuh baru stat trening.DEGIL..nak jugak join.Akibatnya memang aneh la..haissshhhh...



sekadar gambar hiasan..


Hari ni pun trening lagi..hehehehe..bersemangat betul..Ujung minggu frenly di UPSI..yeaaayyyy..lepas game of cos la pegi berkelah-kelah kan..acara wajib...lalalala...


Tuesday, April 13, 2010

I kan suka merepek..

Assalammualaikum..tumpang lalu Faliq...hahaha..tetiba nama Faliq kuar lagi.Femes betul Faliq nih.Sape mamat ni sebenarnya??bagi yang tertanya-tanya,nanti i buat satu entry khas buat Faliq yang disukai ramai..semua orang nak cabul ehh..silap..nak comolot dengan dia..espeshli Kak Mas dan Kak Nor..ooh tak lupa jugak si bongsu Kak Ayu..hahahaha..sikit sikit Faliq..nak makan pun duk sebelah Faliq.Bila time buat keje Fifi pulak yang kena buat.Faliq duk berehat je kat tepi..tulus ikhlas..hahaha..ok tutup kisah Faliq nih..boring aahhh..


Meh cite perkara-perkara penting yang berlaku kt opis palak..eceehh..macam la penting sangat..padahal dua hari ni duk main tembak-tembak dan carut-carut dalam YM.Macam dah takde keje nak buat.Kak Mas dengan Ika la ni..Gedik pulak i terjoin..dah la i memang gedik kan..haissshhhh..akibatnya adalah gelak-gelak secara rakus depan PC...apa-apapun keje jalan jugak..


Jap..pikir apa nak tulis lagi..nanti korang bosan pulak baca penulisan i yang merepek-repek ni kan.Ntah apa mende laaa yang Cik Yana duk merepek..arrrgghhhh..takde idea.lenkali la pulak..
bye..

Dedi I memang macamni..








like dedi like daughter..
cukup-cukup la "mickey mouse" yang ada kt umah tuh..
nak tambah lagi 2 ekor..
haissshhh


Friday, April 9, 2010

Besday Kak Nor



Semalam The Team tak trening pun..
tak cukup korum..
tapi The Team sambut besday Kak Nor..
"Hepi Besday Kak"
hehehehe..
cerita pasal sambut besday ni next entry la sebab gambo dari fotog tersohor iaitu Cik Rofyqa Nordin belum diperolehi...hehehe..


Ni la Kak Nor yang sambut besday smalam (8 April)..
dikenali juga sebagai "The Bubbling Kak Nor"..
hahahaha..
jangan marah ye kak
bukan Na yang letak nama nih..
marah Faliq..
hahahaha..
tetiba nama Faliq muncul..
tumpang lalu ye Faliq...


Wednesday, April 7, 2010

Melaka bandaraya bersejarah

Kitorang bertiga,mengambil keputusan untuk berjimba(bukan berjimak ok) di Melaka.Eceh..berlagak nye anak dara bertiga nih.Nak berseronok pun jauh-jauh.Apa klas berjimba di Kl kan.Kl tu tempat untuk bershoping dan bekerja mencari nafkah sesuap nasik jer.ahaaaaaiiiii...belagak belagak..sila la lempang.yeayyyy.


Jauh perjalanan luas pemandangan kan.Setakat pergi muzium memang kena pegi Melaka lah.Kata Bandaraya Bersejarah.Kalau tak bersejarah watpe nak melawat.Dah ada kemerepekan di situ.Abaikan.




Masa berlibur di tempat-tempat bersejarah memang la seronok terutama bagi kak Mas (paling kanan).Dia la paling hepi dalam sejarah peradaban Melaka.Kak Nor dah jatuh no 2.Saya memang takde no kan...I kan low profile orang nye.lalala...



Boleh dikatakan semua muzium kitorang masuk.Mahal pun masuk jugak.Hebat tak hebat la kitorang kan.Siap sms kepada sesiapa yang berkenaan untuk menimbulkan kejelesan orang tersebut.(Kepada Bebah & Fifi,mintak maaf la kitorang pergi berhibur n korang main futsal pulak.hehehehe).



Part ni mencabar...Kak Mas dah pejam mata sambil jerit-jerit sebab takut.Setakat naik menara Taming Sari tu pun takut??eleeehhh..punyala seronok...siap goyang-goyang lagi kan.Saya tulis mencabar tuh sebab kena pegang erat oleh Kak Mas.Nak gerak pun kena marah.Gila mencabar ok.punyala saya exited nak tengok pemandangan tapi diakhiri dengan gelak ketawa berpanjangan.



Muka boring sebab dipegang erat oleh Kak Mas.Setakat jeling-jeling manja nak tengok bawah.Kalau boifren best jugak kan berpegangan erat..lalalalala..gediknya..Next trip takmo duk sbelah kak mas...hahahah



Monday, April 5, 2010

Jangan Tinggal Daku..



Mula-mula korang muntah lah dulu tengok tajuk tuh.Ayat bajet hot je memanjang.Penulis nya hot kan, ayat memang hot.lalalalala...

Skang,leh stat citer sedih.


Dengan ini..
secara rasminya..
saya mengumumkan..
"Sir Kapitan HE"
telah bertukar ke Putrajaya
atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan..
Harap Maklum..
(meraung)




bintang kecik: walau Sir Kapitan HE bertugas di Putrajaya,beliau tetap hakmilik rasmi THE Team.Takde mana2 pasukan bleh beli beliau.Hakcipta Terpelihara.


Lawak Petang

Baru sebentar tadi (merujuk memang sungguh-sungguh baru sebentar tadi kejadian berlaku) kakak ku sayang iaitu Kak Ti call opis.Dia nak buat lawak kul 2 petang.Betul-betul lawak.Tak tipu.Sape rasa lawak ni sangat tak lawak jangan cakap apa-apa.Duk dia je kat situ


"Na,ada keje kosong ni.Macam menarik jer"..suara Kak Ti serius

"Keje apa kak?"..(saya kadang-kadang sangat lurus dan naif orangnya.Dengan Kak Ti yang sering mempermainkan saya pun leh tertipu beribu-ribu kali).

"Pramugari.Akak takleh apply sebab dah lebih had umur.Awak boleh lagi"

Saya terdiam sekejap nak kompemkan adekah Kak Ti sebenarnya sedang buat lawak.

Kak Ti pulak dah terburai gelak ketawa tanpa belas kasihan.


p/s1:sape-sape nak gelak silakan lah.bagi yang taknak gelak pulak klik pangkah kat sebelah kanan monitor.

p/s2:saya telah ada terbit cebisan sumpah seranah dalam hati.

Friday, April 2, 2010

Summary

1.Diri Sendiri
Saya penah citer kat entry lepas yang bila malam jer saya akan demam kan??Macam takut jer lah..Kot2 saya ni berpenyakit kan.Emm..rasa-rasa nak gi cek tak?nanti doc tu cakap I ngada-ngada pulak.Baru demam sket dah gi spital.Tapi kan,skang ni banyak je penyakit-penyakit baru tiba.I pikir lepas ni lah..hehehehe..Skang ni dah bulan April kan.Cepat betul masa berlalu.Boipren pun takda lagi neh.aiyoooo...(sila la muntah)

2.Kerja
Minggu ni saya agak stress lah.Naik sakit-sakit kepala dan badan dibuatnya.Audit pulak minggu depan tapi ada banyak lagi benda saya tak update.Tak sempat nak buat.Malas pun ada."adikku" bercuti di Bangkok so takde semangat nak buat kerja.Kalau dia ada tu kurang sket stress saya.Dia akan sentiasa buat saya gelak.Saya sangat sayang "adikku" yang sorang ni.Persis ex-partner saya iaitu Kak Mira.Bahagia betul bila buat keje dengan mereka-mereka ini.

3.Trening/The Team
Tahun ni agak padat betul jadual The Team.Sentiasa ada game.Best jugak sebab boleh berjalan-jalan ke serata negeri.Kitorang pun semakin rapat dan kurang sudah adegan sentap-sentap.Semua hepi.The Team untuk versi lelaki pulak,punyala tak boleh berenggang ngan kiorang.kalau nak kemana-mana asik nak ikot jer.Makan pun nak sempit-sempit satu meja..Kalau perempuan tak trun trening,diorang pun taknak.Sanggup berlatih bola jaring skali tu.Punyala bersemangat.Comel betul.Hehehehehe..."Kakak-kakak sayang korang..hahahaha"..ayaaaaaat nak bajet hot jer.