Monday, February 8, 2010

The Wedding - Part 2 (Akad Nikah)



Majlis akad nikah Maksu diadakan di Ipoh,Perak.Hanya adik beradik mak je yang hadir dan Opah skali.Kecil-kecilan jer.Sebabnya??panjang lah citer.Masalah teknikan ajo ok.Bukan sebab-sebab yang tak elok.Saya dan sepupus yang lain tak hadir.Banyak keje lagi di KL untuk kitorang hendelkan.So,hanya yang,"tua-tua" je temankan maksu.Hanya gambar-gambar je saya selitkan di sini.Cerita disebaliknya tidaklah saya dapat siarkan atas sebab saya tiada di tempat kejadian...hahahaha...





























bintang kecik: Dedi siap wat "lintas langsung" semasa akad nikah nih.Dia hantar saya sms setiap apa yang berlaku semasa akad nikah berlangsung..sangat kelakor....macam perlawanan bola tapi versi perkahwinan

The Wedding - Part 1(persiapan dan kacau bilau)




Tajuk begitu mendebarkan ek..hehehe..gempak gempita u.Inai di jari tak abes lagi dah sibuk-sibuk nak update blog.wakakakakaka.Ok ok..bukan saya yang kawen ye kawan-kawan, tapi Maksu ku yang kawen sebenarnya.Ramai yang bertanya bila saya wat entry lepas.Saja nak gempak-gempak.Heehehe.So,mari kita saksikan persiapan bagi majlis kecil-kecilan ni.

Saya stat cuti hari Khamis(4.2.2010) untuk menyiapkan apa-apa yang patut.Hehehe.Al maklumlah,umah saya akan jadi tempat persinggahan saudara mara yang ada.Umah saya kecik jer.so kena la sorok2 apa-apa yang patut untuk bagi luas.Nasib la akad nikah buat dekat masjid dan resepsi buat kat dewan.So taklah teruk sangat nak siap-siap.Cuma preparekan makanan untuk saudara-mara yang datang.Saya pulak tak pernah masak secara solo untuk jumlah yang ramai.Cuak jugakla.Dalam hati berdebar-debar takut tak sedap..Mak saya gi mana ek?Mak sibuk uruskan hal pernikahan di Ipoh.Kenapa di Ipoh?tak payah lah nak citer.panjang pulak entri ni nanti.







Ni pulak suasana sebelum stat keje.Mesti la nak makan dulu kan.Baru ada semangat.Siap pasang khemah sebab tak cukup tempat.Makan pun kat luar.dalam rumah sempit sebab barang-barang untuk bunga telur bersepah-sepah.



Adik saya Nadiya dan sepupu saya Kak Rini ambik tugas siapkan bunga manggar.Ingatkan senang jer tapi sangatla remeh.Terus saya "resign" taknak ambik tugas neh.Saya ambik tugas lain, iaitu siapkan bunga telur.






Ini antara ajk-ajk bunga telur yang terbabit.Ramai yang "resign jugak wat bunga telur nih sebab nak kena ikat-ikat reben bagai.Punyala payah.Dekat sejam baru faham konsep mengikat reben. Saya duk sumpah-sumpah maksu sebab pilih bunga telur yang leceh2 macam nih(maksu takde leh la sumpah-sumpah kan).Makcik-makcik saya takleh nak buat sebab keadaan mata yang tidak mengizinkan.Diorang buat kerja yang tidak la complicated sangat.Terpaksa la yang muda-muda belia ni buatkan bunga telur.



Taraaaaa...bunga telur yang siap diisi.Dalam kul 2 pagi jugak baru dapat siapkan 500 kotak bunga telur nih.Mengantuk usah cerita lah,mata takleh nak bukak.Saya cakap ngan dedi nak siapkan esok pagi tapi dedi tak bagi.Dia suh siapkan malam tu jugak sebab pagi esok banyak keje lain nak disiapkan.







Sempat lagi diorang ni menggedik padahal keje berlambak.Dedi pun join skali.Siot jer.Saya kt mana ek??Saya la yang ambikkan gambo.Tapi hari tu memang saya takde mood nak begambo.Muka dah jadi cam panda siap kusut masai lagi.Takde masa nk cun melecun...ok2..next entry la pulak ek...tata...

Sunday, February 7, 2010

The Wedding










Masih dalam kepenatan..
Will update later...


Thursday, January 28, 2010

Kecintaan Ku




Banyak benda yang boleh diungkapkan minggu ni.Sedih,terkejut,terharu,sesi mengalir air mata dan ntah apa-apa lagi.Pening fikirkan benda nih.Sebab tiba-tiba kan.Untuk dua tiga bulan kebelakangan,fikiran saya agak lapang.Entahlah.Susah nak ungkapkan.Fine,saya dah sebut perkataan "ungkap" dua kali.Huhuhu.Sila la sebut perkataan lain Cik Yana.


Saya memang dah tak berapa sihat pada Isnin lepas(25.1.2010).Dapat sms yang mengharukan macam tuh,terus jiwa saya bergelora badai kembali.oooohhh....Saya benci bila fikiran bercelaru macam tu.Saya nak marah tapi tak dapat.Saya cuma boleh menangis menangis dan menangis.Bila "dia" call, lagi laju deraian air mata ni.Huhuhu.Touching siotssss.Mencikkkk.Esoknya terus demam.hahahaha.Sakit badan dan sakit hati.Baru call,dah demam,kalau jumpa,pengsan terus kat mall.hahaha.Over seh.


Peristiwa pertama:Saya terlupa untuk membuang satu benda semasa kecintaan pertama saya masih di dalam hati.Saya sedang kemas-kemas purse, ternampak "benda" tuh dan terus terbit di hati "Ya Allah,aku terlupa nak buang nih".Semua benda yang ada kaitan dengan kecintaan pertama dah lama saya pulangkan kembali kepada kecintaan saya itu.4 tahun lepas sudah dipulangkan.Saya dalam proses untuk 'sembuh jadi tak boleh ada kenangan-kenangan tu.Tapi saya tertinggal satu benda yang di dalam purse neh( tertinggal or saja simpan??cakap betul-betul).Saya gunting kemas-kemas,cantik-cantik dan lurus-lurus.Sekemas,secantik dan selurus kecintaan pertama saya.Huh.Saya simpan dlm 'peti' dan buang dan tutup rapat hati ini.The End.











Peristiwa kedua:Kecintaan kedua,tak seindah pertama tetapi lebih realiti.Bohong la kalau cakap tak sayang tapi jodoh tak panjang.Mungkin ada salah silap di mana-mana.Saya tak tahu tapi sms yang saya terima membuatkan hati berbelah bahagi.Mungkin sampai sini jer.The End.


Kesimpulannya:Saya memerlukan masa yang lama untuk sembuh dari kecintaan pertama.Sekali dah melangkah kemudian terjatuh membuatkan saya takut untuk melangkah lagi.Dan kegagalan pada kecintaan kedua membuatkan saya tak berdaya untuk berdiri dan terus melangkah.Saya sangat sangat tak berdaya.Saya tiada sokongan tapi saya masih berpegang pada yang nyata."Ya Allah,bantulah hambamu ini".



Sunday, January 24, 2010

Masih belum sempurna..












ooohhh demm i nampak macam dah tua dalam pic neh....hahaha
fine..i memang dah tua..
taknak mengaku jer...
neves lahh..
lagi 2 minggu jerr..
harap2 semua berjalan dengan lancar..


Baju- done
Kasut bling bling-done(smalam beli)
Tudung bling bling- masih mencari
Kad jemputan- done
Bunga telur-masih tak sampai kt umah



Friday, January 15, 2010

Fikiran yang terhasut..




Semalam, sebelum lunch,lepak kat tempat Kak Ti. Lepas abes buat keje ok..bukan gi merayap-rayap tanpa arah tuju kemudian menyebabkan muka termasuk dalam senarai "wanted" oleh Pengarah akibat suka merayap.Kenapa Pengarah disebut di sini?lupakan pasal dia. Sembang-sembang dengan Kak Ti dan gelak ketawa bagai dunia ini kami yang punya, tiba-tiba tanpa disedari,terbukak sesuatu topik yang sudah lama tidak dibincangkan..bukan selalu bincang pun topik ni sebab boleh menyentap perasaan,kemudian nangis sambil lari-lari anak.




"...kami memang berbeza,sorang ceria dan suka ketawa,sorang lagi sombong nak mam..tapi , yang penting kami sehati sejiwa"



Ok ok..berbalik kepada topik yang dibincangkan bersama Kak Ti. Pasal apa yek adik-adik semua????topik yang dibincangkan adalah "kawan makan kawan"...bukan maksudnya Kak Ti kunyah daging saya sebab sedap sangat or saya sedang meratah penuh bertenaga lengan Kak Ti tuh.Maksud "kawan makan kawan" adalah sejenis virus yang merebak dalam badan sesetengah orang dan menyebabkan diri orang tu tak sedap badan,demam,batuk berdarah,kencing tak lawas dan muntah-muntah tak berenti 3 hari jika peghidap virus itu tak memfitnah,menghancurkan dan menjahanamkan orang lain.




"...kawan simpan rahsia,nangis2 dan gembira bersama.."


Semua orang tau saya baik ngan Kak Ti.Ok2 bukan semua orang,segelintir je yang tau.Baik dalam erti kata baik sangat-sangat sehingga tiada apa yang membolehkan perpisahan terjadi diantara kami. Tapi,ada jugak pasang surut dan ombak badai bagi hubungan suci ini. Ada yang tak suka saya baik-baik ngan Kak Ti.Tak tau lah sebab apa kan...dengki jer yang diorang ni tau.Macam dah takde keje lain. Gi la cop fail ker,semak draf ker..takpun tampal notis.Ni tak,nak jugak kacau hubungan kami.



Selama ni bukan tak pernah orang lain masuk campur dan bercakap-cakap pasal kebaikan kami berdua.Adaaaa..ramai..tapi saya dan Kak Ti tak pernah ambik pot pun.Lantak la korang nak cakap ape, gaji kami berdua tak luak sesen pun.Saya pulak jenis yang memang takde ramai kawan,so tak kisah cakap-cakap orang.Tapi sekali-sekala ada jugak pergi gaduh dengan orang-orang yang bawak mulut tuh.Hahaha..Tak caye gi la tanya Kak Ti,berapa ramai dah yang gaduh ngan saya.



Tapi hasutan kali ni saya pelik bin ajaib sebab auranya sangat kuat sampaikan saya hampir percaya seratus peratus apa yang diperkatakan oleh 'geng ' tersebut.Saya angguk-angguk geleng-geleng je apa yang diorang cakapkan.Sian Kak Ti,tak pasal-pasal dirinya diragui.Bila saya jumpa Kak Ti pun muncung jadi sedepa.Wat-wat tak nampak jer.Uhuks...Sori kaakkk...Ya ammpuunnn.




"...kesukaan kami yang sentiasa sama..kadang-kadang saya baru fikir,dia dah tau saya nk makan apa..."


Kalau nak diikutkan 'geng' diorang ni takdelah bagus mana sampai saya leh terjebak ngan diorang.Dahla ala-ala suka kena-mengena antara satu sama lain dan tiada permuafakatan.Pelik jugak mcamana diorang boleh katakan yang diorang ni kawan baik.Contohnya kan,ko ada boifren,pas break ngan boifren ko,member baik ko pulak kapel ngan ex-boifren ko.Tak ke pelik tuh.Ish..Kak Ti tak penah lak wat macam tuh.Dia selalu menerapkan "nilai-nilai" murni di antara kami.Takla sampai tukar-tukar boifren pulak.Fevret saya dgn 'geng' tu pun tak sama, so saya takleh nak share apa-apa pun ngan diorang.Tak macam ngan Kak Ti, 95% fevret kitorang adalah sama(lelaki je tak suka yang sama.taste lain-lain ok).Hehehehehe.





"...anak-anak dia pun kenal saya..tak payah nak ragui hal yang satu ni.."



Sekarang ni,bila dah menginsafkan diri,takmo dah gaduh-gaduh or masam-masam muka ngan Kak Ti.Dah mintak ampun pun(dh mintak ampun ke Kak??tak ingatlah.hahaha).Dengan 'geng' baru tu pulak, saya dah menjarakkan diri.Taknak terbabit secara langsung or tidak langsung ngan lagi ngan diorang.Serik.Tak sangka ada kawan-kawan macam ni jugak di dunia yg fana ini...uhuhuhu...sadis.Harap-harap pas ni saya dah tak terjebak dengan perkara-perkara ni lagi.Tak kisah la ngan kawan yang mana pun.Selidik dulu setiap perkara sebelum membuat apa-apa keputusan.Betul orang cakap,fitnah tu lebih dasat dari membunuh.Baik korang bunuh je i ni.Huuhuhuhuu...



Kesimpulnnya..berhati-hatilah dalam berkawan.Kalau rasa-rasa pengaruh dia tak eok,sebaik-baiknya jauhkan la diri dari orang mamcam ni.Bukan apa,nanti disebabkan dia,orang lain pulak yang menyumpah kita.Tak pasal-pasal je kan.Oleh itu marilah kita mendalami ilmu agama supaya dada ini dipenuhi iman..bukan dipenuhi dengan hasad dengki or apa-apa je yang tak baik.Demikian tazkirah kita hari ini.Berjumpa lagi di hari akan datang.Salam.



Friday, January 8, 2010

Tips untuk anda (jangan lakukan aksi ini di rumah)

Adakah anda pernah dianiaya????

perlukan bantuan??

sila ikuti langkah-langkah yang akan saya berikan untuk panduan kita bersama.


1.Anda diumpat keji walaupun anda tidakla femes mana sampai lelaki-lelaki mengejar anda sebab anda hot,seksi dan cakap penuh kesopanan.

tempat kejadian: ofis/sekolah.

contoh situasi: tetiba anda mendengar cerita bahawa anda ni sangat hot sampai ramai lelaki berebutkan anda dan menjadi pujaan lelaki2 yang dah berkahwin.anda lagila terpinga-pinga sebab orang yang bawak citer ni anda tak penah kenal or cakap-cakap or berbual sambil minum teh....oooh mungkin dia penah blanje anda teh sampai dia leh wat cerita pasal anda...(hot dalam kisah ini adalah perempuan gedik@getik or wateva)

jalan penyelesaian:abaikan jer,jangan cari gaduh..lama kelamaan si minah itu akan penat untuk bercerita dan akan mendiamkan diri selama empatbelas tahun.anda juga boleh gunakan kaedah menceritakan balik mengenai orang yang membuat cerita tentang anda tetapi kaedah ini tidaklah digalakkan...kalau anda sangat2 tidak boleh sabar,sila tenung dia dengan muka yang gerun sambil berkata "saya mahu lempang kamu"


2.Anda menghadapi makcik-makcik/kakak-kakak di ofis/sekolah yang suka bercakap besar,berlagak,egois etc.

tempat kejadian:ofis/sekolah

contoh situasi: "ada orang cakap akak dah kurus sekarang.ada sorang tu pulak cakap akak belum kawin lagi..nak ngorat akak..klakar la diorang ni.akak bukan apa,cuma jaga pemakanan dan gi facial muka jer...bla...bla...bla"(4 jam tak berenti memuji diri sendiri sampai telinga kita dah naik nanah)

jalan penyelesaian:senyum,kemudian anggukkan kepala tanda kita mendengar penuh kusyuk.jangan sampuk secara rambang..kalau dah tak tahan nak dengar citer,mintak izin gi toilet sebab tak tahan nak cirit..


3.Anda dituduh mempunchkan punchkad orang lain atau sebaliknya dan pada hakikat sebenar kita memang melakukannya.

tempat kejadian:ofis

contoh situasi: kena bebel,marah,showcause etc dengan bos sebab punchkan untuk org lain.tidak cukup dengan itu,nama anda jugak menjadi busuk dan menjadi umpatan orang lain walaupun anda tidak femes..

jalan penyelesaian: jangan mengaku kesalahan anda..buat muka kasihan tapi penuh keazaman..jangan pergi menyerang orang yg tukang repot tuh sebaliknya buatlah jahat secara halus...lebih bertika dan profesional atau dalam erti kata lain,blame kesalahan anda pada orang lain..bijak sungguh..



bintang kecil:semua kejadian diatas adalah kisah benar yang berlaku pada penulis.siala cuba try method2 ini untuk keselesaan diri anda.kadang-kadang kita tak boleh menjadi baik sangat...kejam bukan!!!!!