Showing posts with label dedi. Show all posts
Showing posts with label dedi. Show all posts

Monday, November 23, 2009

Dedi's Cool







Arini besday Dedi yang ke 53..
Pagi2 dah wish and aksi peluk-peluk sume...
Dedi macho jer menerima wish dari saya, adik n mami..
Dedi slalu macam tuh..
Macho n cool...
Hadiah pun kitaorang tak bli lagi..
hehehehe...
Tak tau nak bli apa..

Profile Dedi;
  • Jaafar Mohamad
  • Anak kepada pasangan Khadijah dan Mohamad
  • Anak ke-4 dari 5 orang adik beradik(lelaki bongsu)
  • Manja dengan famili
  • Anak jati Perak atau lebih tepat Kg.Sungai Rokam,Ipoh
  • Berkahwin dengan Rohanum bt Ramli pada 7 Nov 1981
  • Sangat sporting dan cool
  • Ada 2 orang anak iaitu Me n adikku(dua2 pompuan)

Semoga Dedi dipanjangkan umur dan murah rezeki..
Anak-anak Dedi sayangkan Dedi banyak-banyak..
Anak-anak Dedi pun tau Dedi sayangkan kitorang banyak-banyak..
heheheheh
Ailebiu Dedi..



Tuesday, September 29, 2009

Hadiah di hari lebaran..




oopsss...terlupa la nak citer..
hehehe...
sebelum raya tu kan..
saye duk berguling2,merajuk-rajuk,memujuk-mujuk dedi blikan camera..
nak bli sendiri memang tak dapatla kan..
bonus xda..gaji pun ciput jer...
terpaksa la ngada2 ngan dedi mintak blikan camera jugak..
dedi cuma jeling-jeling n malas nak layan..
dedi sempat besinis-sinis lagi dengan anak dia yang sulung neh..
"tula..dulu ada camera gi basuh dalam mesin..dah pandai sangat kan"
sape2 yang dh tak ingat tragedi tu klik sini..
tapi saya ni jenis kalu dah nak benda tu..guling-guling ah tetap nak dapatkan jugak..hehehe..buruk ek perangai..
akhirnya..
dedi blikan yang murah ajo..brand sama macam yang rosak dulu..saya tunjuk dia camera yang lain tapi dia tak kasi bli mahal2..nanti dia cakap saya masukkan dalam lubang jamban lak..errk..
tak kisahla murah or mahal..yang penting raya nnti ada camera..lalalala..
sape tak sayangkan anak kan..
ailebiu dedi..




gambar ihsan dari gugel

teka la saya nyer kaler apa??hehehe...gedik sioootttt...



Monday, August 24, 2009

Dedi demam






dedi tetap ceria walaupun demam





sian my dedi..dah 2 hari demam tahap 38 darjah celcius..
arini (Ahad) baru ok sket..
ni nak citer peristiwa masa gi Hospital Ampang.
masa 1st day demam bersamaan ari khamis lepas,trus bwk g Hospital Ampang sbb nampakk cam teruk sangat(dalam hati mintak2 la bukan H1N1)...
nasib sepupu saye Shahna de Great ada umah,so dia yang tolong bwkkan keta..memandangkan keadaan kelam kabut,ktorang g hospital dengan berbaju tido..masa tu dah tak pikir serabai ke apa,yang penting dedi dapat dirawat dengan kadar yang segera.Sampai hospital memang berniat nak g emergency ajo tapi rupanya pihak hospital dah siapkan tempat khas bagi sesape yang demam...ini sudah bagus..xyah la kena tggu lama kan..tengok yang ada dalam bilik tu pun tak smpi 10 orang..saye trus g register nama dedi dan kami menunggu penuh kesabaran..10 minit tunggu,nama dedi dipanggil untuk diperiksa oleh pegawai kesihatan dulu..tekanan darah,suhu badan n etc mesti di cek b4 jumpa doc..saya sempat intai dalam bilik doc and ada 3 orang doc yang bertugas kat dalam(sebenarnya bukan bilik,cuma diorang letak tirai jer untuk memisahkan waiting room n bilik doc..so saya leh nampak diorang watpe kat dalam kecuali tirai ditutup rapat)..45 minit lepas tuh,baru dipanggil untuk mengadap doc..fuuh..lama kan padahal x la ramai orang yang tunggu..dah mengadap doc n dedi disoal siasat tentang latar belakang penyakit,leh lak doktor tu cakap xda nurse yang nak ambik darah untuk dibuat.nurse yang paling teror amik darah dah balik umah..maybe yang tinggal kat situ sumer nurse yang tak reti wat keje..pastu ayat yang paling xleh bla skali dikeluarkan oleh doc tuh, "nanti kalau pakcik rasa-rasa sesak nafas,datang hospital balik ek"...wadahel leh lak doc tu cakap mcm tuh...ayo yo..kiranya masa ktorang sejam lebih duk situ membazir ajo...saya dah agak berasap kat situ...panas jer ati..memang doc bukan tuhan yang ada kuasa untuk menyembuhkan..saya pun akan faham demam ni bukan serta merta akan baik kalu makan ubat tapi sebagai doc,bukan ker diorang kena bagi nasihat tentang apa yang perlu dielakkan terutama dalam situasi sekarang yang ada macam2 penyakit...


kenapa saya pergi hospital kerajaan??
1.hospital panel mak saya tidak trima pesakit2 yang ada simtom2 H1N1 ini..kalu tak saya dah g glenegles Ampang.
2.dedi saya alah dengan ubat berunsurkan heroin n steroid n kebanyakan klinik tidak ada ubat untuk special case ini..panadol pun dia xleh makan so hospital adalah tempat yang terbaik untuk dia rujuk.
3.sayapenah dirawat di Hospital Ampang n servisnya baik berbandng HKL.tak sangka pulak kali ni pergi servis diorg langsung tak memuaskan..




sebab dedi saya ada special case ni lah dia cakap nak dirawat hospital kerajaan dan bukannya di klinik swasta tapi akhirnya balik umah dengan perasaan hampa,panas ati(saya sorang jer yg panas ati,dedi rilek jer) n sebotol ubat batuk...huh...



Monday, June 22, 2009

Hari Bapa@Dedi







Sempena Hari Bapa yang mulia ini,
marilah kita renung-renungkan jasa bapa kita semasa membesarkan kita..
cewahhh..puitis cik Yana ni..nampak CUMIL tul bila dia berpuitis..


PERKARA-PERKARA YANG ANDA PERLU TAU PASAL BAPAK@DEDI SAYA;
  • bapak@dedi saya seorang yang cumil(anak dedi yang sulong ni memang ngada2 sket sebab panggil dedi padahal kecik-kecik dulu panggil bapak)
  • dia sangat klako...bila saya cakap klako tuh..memang serius dia klako..leh gelak tahap golek-golek..
  • muka dia bengis..tak tipu ok, muka dia memang bengis sampai Sailor Su@Kitaretsu cakap muka dia cam samseng..gler mesti takot kan kalo muka macam tuh tapi dia paling cool dia muka bumi neh.
  • umur dedi dah 53 tahun tapi bajet masih ensem lagi dan slalu ngorat-ngorat budak tol walaupun mak ada kat sbelah..(mak malas nak layan)
  • bile dedi merajuk dia suh anak-anak dia anta kat umah orang tua..leh lak macam tu kan..haishhh...
  • dedi adalah tempat saye meluahkan perasaan..nangis-nangis...hehehe..dedi's little girl
  • dedi masih leh sembang topik orang-orang muda or remaja kerana dia ambil tahu mengenai hal ehwal semasa.Sebagai contoh dia menjadi rujukan anak-anak saudara beliau untuk pergi menonton wayang,karoke or main snuker..siap leh ajak anak dia gi tengok konsert Linkin Park tapi anak dia xmo..ish.ishh




  • dedi teror main snuker...sila bangga sambil kembang-kembang idong..
  • dedi tak merokok dan kawasan umah adalah kawasan larangan merokok

dedi@mami


cumil kan my dedi..hehehehe
kalu nak tau lebih lanjut,sila kawin dengan anak dia yang sulung..eh silap..sila sembang-sembang dengan dia..mesti korang akan tegelak-gelak sambil menitiskan air mata...kalu tak menitiskan air mata pun perut jadi cramp sebab gelak.hehehehe...So dedi,anak dedi yang sulung@diyana nak mengucapkan

SELAMAT HARI DEDI

kepada dedi yang paling besh,paling cool,paling rock,dan paling paling paling Na sayang..
mmmmmmuaaaahhhssss..


bintang kecik:saye sayang mami jugak...Puan Rohanum Ramli