Tuesday, July 14, 2009

Balik Kampung Halaman





Minggu lepas saye telah bercuti slama 4 hari untuk pulang ke kampung halaman..
eceh..ayat karangan dak darjah 4 daaa...aparaaa.
ok siyes..siyes...memang saye telah pulang ke kampung halaman di Ipoh Perak.Sebab dah lama tak balikkan,Ipoh pun dah banyak bertukar wajah,rupa,jalan,pemerintah,tempat makan,tekstur makanan dan pelbagai lagi...ooohhh sungguh indah kampung halamanku..

moh kita tengok aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang saye duk Ipoh...



1)Berjumpa rakan-rakan 5K1 MGS

Memandangkan dah lama tak jumpa dengan mak buyong a.k.a Liya dan Utie so ktorang telah menghabiskan masa bersama.walaupun jumpa untuk tempoh tak lama,tapi memang best jumpa korang..ilang gak rindu..dak2 berdua ni Putri Lindungan Bulan,takleh kuar dari Ipoh..kalu kuar nnti kena sumpah...Liya siap gelak sampi perut dia goyang-goyang..hahahaha..selain dari jumpa dengan mereka2,saya jugak gi dating..eh..eh..tak2...tak dating..


ni Liya-gambar lama.skang perut dia lagi besar..



2) Makan-makan sampai dah tak larat tengok makanan.

Disebabkan saye dah lama tak balik,sumer makanan yang best kat Ipoh tuh,saye nak makan..mengalahkan orang mengidam..saye tepon sedara mara dan cakap kunun2 dah lama tak makan makanan yang diorang masak dan serta merta sedara mara datang umah antakan lauk yang saya suka..hahaha..siyes macam tuan putri....lalalalal..tidak lupa juga soya lengkong(cincau) yang saye minum hari-hari kat kedai apek tuh..lum kira lagi durian(jiran bagi),laksa Cik Rose(makanan ni hanya jumpa time raya jer..berbeza dari laksa kat mana2 tempat dan sangat sedap),mee udang(sanggup gi Changkat Jering),nasi lemak boyan(ni kat pasar ajo),mee kari(kat silibin),roti bakar(kat masjid negeri) dan lauk-lauk makcik saye masak..huhu..giler gemuk..hahahaha...



mee udang spesel di Changkat Jering(pergghhh..udang yang fresh,besar2 dan banyak sampai tak larat nak abeskan)


3) Tido sampai lebam

Aktiviti yang sangat seronok dan paling besh..
yang ni xda gambo la kan..xkan nak letak gambo saye tengah tido..



4) Sembang-sembang dengan sedara mara

Bila balik kampung, otomatik kita akan menjadi macam mak bedah or kak temah yang sibuk pasal hal rumahtangga jiran dan mengumpat tak tentu pasal....duk sembang dengan sedara mara tanya pasal anak sepupu yang tadika,sepupu kawin lg sorang or anak si polan kena buang skolah.tidak lupa jugak tentang joyah yang dikelilingi dengan utang...bestkan topik2 yang dibincangkan dengan sedara mare..hehehe



5) Pulang ke Kl dengan menaiki ketapi tanah melayu

dengan keadaan ekonomi yang meleset,jimat cermat perlu diamalkan.oleh itu saye mengambil inisiatif pulang ke Kl dengan menaiki ketapi yang kosnya menelan belanja RM10 sahaja...kalu naik bus kos yang perlu ditelan adalah RM18..jimat bukan!!!huhuhu....disebabkan dah lama tak naik ketapi,kejakunan sangatla terselah..terlompat2 kegirangan..uish tipu ajo..manada terlompat2,jalan-jalan disetiap gerabak jerrr..jakun bukan..best wooo naik ketapi...pemandangan indah dan mempesonakan..siap ada konduktor dan pramugara lagi..bas express xda pramugara..hehehe...



pemandangan..



muka-muka keriangan...



tiket yang membuktikan bahawa saya naik ketapi...



Bestkan aktiviti-aktiviti yang saye lakukan sepanjang berada di Kampung Halaman..next time saya akan pulang lagi..nantikan kedatangan saye...kali ni nak ajak rakan-rakan sepejuangan lak..Moh kita ke IPOH!!!!




bintang kecik:nama Joyah,Tipah dll di dalam entry ni adalah rekaan semata2..takleh letak nama penuh..nanti kena lempang.



No comments: