Semalam ada adegan sentap-sentap.Sape yang sentap?Of cos la me kan.Tak penah dibuat Cik Yana Cumil sentap macam nih.Apa isunya?makcik-makcik bising suh cari boipren cepat-cepat n kawen cepat-cepat.Hahahahaha..Korang gelak ek..siot jer.Tak baik tau.Terasa hati I yang tulus mulus neh.Tengok,kan dah sentap lagi sekali.
Saya bukan taknak kawin,tapi boipren takde.Nak buat macamana.Takkan nak main rembat je sesape kat pasar malam or kat soping kompleks??Adeke macam tuh.Tak kuasa I yuuuu....belum terdesak lagi.Adoi.....I dun likeeee!!!
Tu lah salah satu sebab nape saye malas nak balik kampung.Isu-isu macam ni selalu diutarakan.
"Bila nak kawin Diyana?"
"Umur dah berapa nih,nak tunggu apa??"
"Kamu ni memilih sangat neh"
"Dulu ada orang nak kamu,kamu taknak pulak.Saja je kan"
Hohohoho...ayat-ayat biasa ni kalau jumpa sedara mara.Kadang-kadang mak tak cakap apa2,diorang je lebih.Kan jodoh,pertemuan semua tu di tangan Allah.Belum sampai jodoh saya lagi,kena la faham.
Sekarang ni dahlah susah nak cari "lelaki" yang betul2 nak serius berhubungan.Semua nak main-main.Malas lah macam ni.Saya bukan nye muda lagi nak bercinta sampai tahap terliuk lentok.Saya nak yang serius sahaja.Ada faham...hahahah..
Mana yang dapat kawen awal tuh memang dah jodoh diorang la kan.Tak payah la nak banding-banding dengan saya yang mungkin berjodoh agak lambat.Tapi contoh yang porak poranda pun dah banyak.Salah ke kalau saya nak lebih berhati-hati dalam mencari teman sehidup semati.Tapi "mereka" tak faham.Yang "mereka" tau,umur lebih 25 tahun adalah perempuan yang terdesak yang perlu dikahwinkan segera.Aiyyoooo.Macamana saya nak ilangkan mentaliti begini??bagi idea sikit plizzz?
bintang kecik:mak gelak je tengok saya nanges semalam.dia cakap benda-benda remeh macam ni pun nak nanges.tak macho...erkkk...ati anak mak ni terguris tau..uhuk.
No comments:
Post a Comment